Wednesday, 26 August 2015

Lecturer : Wan Faisal Wan Ahmad Mohtasa
Penulis blog : Abdul Mu'im Bin Noh 05CAD14F2002
Ikram Bin Sansu 05DAD14F2026
Mohammad Azleesham Akhmal Bin Ab Jal 05DAD14F2008


Pengenalan 

Dilihat dari segi bahasa, flora berasal dari bahasa latin iaitu Flora, yang mana boleh diertikan sebagai bahasa alam tumbuhan atau natabah yang mana menyangkut semua aspek mengenai macam jenis tumbuhan dan tanaman. 

Flora Dalam Al-Quran 
 Keindahan Alam Ciptaan Allah SWT

Flora seringkali di sebut di dalam Al-quran dengan menggunakan perkataan secara umum buah-buahan,tanam-tanaman,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Bagaimanapun,terdapat beberapa kata nama am yang digunakan seperti kurma, zaitun dan sebagainya. Dalam al-quran Allah SWT menjelaskan dalam surah al-an'am ayat 95 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu  kekuasaannya ialah Allah SWT. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?"

Tumbuh-tumbuhan di dalam al-Quran adalah kekuasaan Allah SWT supaya manusia:
a) mengenali tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
b) sentiasa mengingati-Nya.
c) sentiasa mensyukuri nikmat atas pemberian-Nya.
d) gambaran perumpamaan atau persamaan dengan manusia.
e) menjadikan pengajaran.

Flora Menurut As-Sunnah
 Keindahan Alam Ciptaan Allah SWT

As-sunnah adalah sesuatu yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW yang memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang teguh dan beramal dengan as-sunnah,bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran. Jadi, alam sekitar amat diperlukan oleh manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Penciptaan alam sekitar mewujudkan keseimbangan sistem ekologi. Air, udara, tanah, haiwan dan tumbuh-tumbuhan merupakan antara sumber-sumber penting untuk meneruskan kehidupan. Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada tanaman dan pokok yang menjadi sumber makanannya. Malah, pokok dan tumbuhan banyak memberi manfaat kepada manusia antaranya berfungsi sebahai penahan banjir dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Justeru, saranan untuk memperbanyakkan penanaman pokok sebagai kempen menghijaukan bumi amat tepat untuk memberi kesedaran kepada manusia. Saranan untuk menanam pokok telah lama dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa daripada orang Muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah."



Hadis Riwayat Imam Bukhari




No comments:

Post a Comment