Thursday, 27 August 2015

Kesimpulan.

Pemerhatian terhadap kebangkitan tamadun Islam pada masa lalu tidak menafikan pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas terpenting kekuatan sesuatu tamadun. Hal ini kerana, al-Quran dan Sunnah haruslah dijadikan panduan dalam mendasari pendidikan masyarakat kerana pendidikan dalam Islam mempunyai kaitan dengan aspek jasmani dan rohani serta merupakan suatu bentuk kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Oleh hal yang demikian, pembinaan terhadap kedua-duanya haruslah seimbang supaya dapat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam seperti mana yang telah ditunjukkan pada zaman awal Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:-


"Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad SAW) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur"

Surah an-Nisa: ayat 163


Angur

Anggur disebut di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Antaranya adalah:-

Firman Allah SWT:-

Angur

"Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir dibawahnya sungai-sungai? Di dalam kebun itu dia mempunyai segala jenis buah-buahan, kemudian datanglah masa tuanya, dan dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin kecang yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikian Allah nenerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu memikirkannya."

Al-Baqarah (2:266)


"Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pacarkan padanya beberapa mata air."


Yassin (36:34)


"Lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian. Dan anggur dan sayur-sayuran."


Al-Abasa (80:28)
Kurma

Kurma atau nama saintifiknya phonex dactylifera adalah sejenis tumbuhan palma yang berbuah. Buah Kurma boleh di makan dalam keadaan masak dan juga mentah. Kurma merupakan buah yang istimewa dalam Islam dan telah dipercayai Allah SWT menjadikan kurma dalam lebihan tanah ciptaan nabi Adam. Buahnya tidak berbau menyebabkan tiada haiwan yang cuba makan atau merosakkannya. Kurma adalah makanan yang paling ideal untuk tubuh manusia kerana ia adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. 


Firman Allah SWT yang bermaksud:-



Kurma
"Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah SWT) bagi kamu yang memikirkannya."

an-Nahl: 11


Keistimewaan buah kurma adalah dapat memulihkan tenaga. Ini dinyatakan dalam al-Quran.


Firman Allah SWT yang bermaksud:-


"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."


Maryam: 25-26
Jenis-Jenis Flora dalam Al-Sunnah

Pohon Gharqad/Pohon Yahudi

Pohon Kurma

Pohon Samurah



Pohon Gharqad @ Pokok Yahudi

Gharqad merupakan satu genis pokok tang mengandungi kira-kira 90 spesis yang tumbuh di zon beriklim sederhana dan subtropika. Selain itu poko ini juga banyak ditanam di Israel. Kegunaan utamanya ialah sebagai tumbuhan perubatan.
Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:-


Pohon Gharqad @ Pokok Yahudi
"Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! dan bunuhlah ia!" kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)."

Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi



Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu ketika hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperanga ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan oang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik, mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pohon Kurma

Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur Tengah selama beribu-ribu tahun. Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam sejak zaman silam dari zaman Mesopotamia ke zaman Mesir prasejarah (seawal 4000 SM). Terdapat bukti arkeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM.

Dalam Islam, terdapat satu hadis yang mengisahkan kerinduan pohon kurma iaitu:-


Hadis daripada Anas bin Malik RA:



Pohon Kurma
"Sesungguhnya Nabi SAW berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di Masjid Nabi. Nabi SAW berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata:

"Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk di situ dan ianya seumpama kamu berdiri?"


Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditinggakt yang ketiga.


Apabila Nabi SAW duduk di atas mimbar, pokok itu menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini bersedih kerana Rasulullah SAW meninggalkannya. Lalu Rasulullah SAW turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW. Kemudian Nabi SAW bersabda:


"Demi Tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah SAW."


Hadis Riwayat Bukhari

Wednesday, 26 August 2015

Lecturer : Wan Faisal Wan Ahmad Mohtasa
Penulis blog : Abdul Mu'im Bin Noh 05CAD14F2002
Ikram Bin Sansu 05DAD14F2026
Mohammad Azleesham Akhmal Bin Ab Jal 05DAD14F2008


Pengenalan 

Dilihat dari segi bahasa, flora berasal dari bahasa latin iaitu Flora, yang mana boleh diertikan sebagai bahasa alam tumbuhan atau natabah yang mana menyangkut semua aspek mengenai macam jenis tumbuhan dan tanaman. 

Flora Dalam Al-Quran 
 Keindahan Alam Ciptaan Allah SWT

Flora seringkali di sebut di dalam Al-quran dengan menggunakan perkataan secara umum buah-buahan,tanam-tanaman,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Bagaimanapun,terdapat beberapa kata nama am yang digunakan seperti kurma, zaitun dan sebagainya. Dalam al-quran Allah SWT menjelaskan dalam surah al-an'am ayat 95 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu  kekuasaannya ialah Allah SWT. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?"

Tumbuh-tumbuhan di dalam al-Quran adalah kekuasaan Allah SWT supaya manusia:
a) mengenali tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
b) sentiasa mengingati-Nya.
c) sentiasa mensyukuri nikmat atas pemberian-Nya.
d) gambaran perumpamaan atau persamaan dengan manusia.
e) menjadikan pengajaran.

Flora Menurut As-Sunnah
 Keindahan Alam Ciptaan Allah SWT

As-sunnah adalah sesuatu yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW yang memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang teguh dan beramal dengan as-sunnah,bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran. Jadi, alam sekitar amat diperlukan oleh manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Penciptaan alam sekitar mewujudkan keseimbangan sistem ekologi. Air, udara, tanah, haiwan dan tumbuh-tumbuhan merupakan antara sumber-sumber penting untuk meneruskan kehidupan. Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada tanaman dan pokok yang menjadi sumber makanannya. Malah, pokok dan tumbuhan banyak memberi manfaat kepada manusia antaranya berfungsi sebahai penahan banjir dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Justeru, saranan untuk memperbanyakkan penanaman pokok sebagai kempen menghijaukan bumi amat tepat untuk memberi kesedaran kepada manusia. Saranan untuk menanam pokok telah lama dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa daripada orang Muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah."



Hadis Riwayat Imam Bukhari